Jumaat, 8 April 2016

Bemulanya cuti semester 2

Assalammualaikum ~

Wah..Dah mula cuti...Akhirnya detik yang dinantikan tiba juga...Huhu

TAPI!!!

Nak buat apa ye??? Ha..Nak sangat cuti..Cuti pula masa adik-adik tengah sekolah..Memang sunyi je

la...Krik krik memanjang..

Hurmm ~ Cuti sem ni sahaja masa yang ada untuk luangkan masa untuk blog ye..Alang-alang tu kita

godek-godek dan berkongsi sedikit perkongsian ye..Hehe..

Masa itu emas.. Masa lalu tidak boleh dibeli dengan masa sekarang jadi hargailah..

Eh..Macam mana Peperiksaan hari tu??? Boleh buat tak???

Ermm...Nak tahu macam mana kita tunggu dan lihat dan keputusannya nanti..

Cabarannya tentulah rasa susah je nak ingat semua..Rasa rasa nak muntah belajar banyak benda 

dalam masa sehari,lagi-lagi kalau satu hari tu ada dua atau tiga kertas nak kena jawab..Ha~ Masa ni 

lah nak tengok muka-muka pelajar berkerut-kerut dan tak senyum pun ( Padahal dalam kelas punya 

manis senyumannya ) ... Risau cukup masa ke nak ulangkaji semua topik nie ...


Ha...Meh sini..Kita kongsikan sikit tips peperiksaan ye. 


  • Kita belajar niat kerana Allah SWT..
Apa-apa mula dengan niat..Niat tu penting dan niat kena betul ye..Pernah tak kita belajar tak masuk 

apa-apa pun? Otak tak boleh nak hadam..Tak boleh nak terima??

Itu sebab kita belajar untuk peperiksaan atau ujian.. Cuba kalau kita Niat kerana Allah In Shaa Allah 

dipermudahkan olehNya.

  • Bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT
Lepas kita berusaha bersungguh-sungguh..Ulangkaji dah...Buat latihan dah..Kira semua persediaan 

nak berperang dengan peperiksaan dah lengkaplah! Kita tawakkal kepadaNya.. TAPI jangan jadikan 

peperiksaan tu Tuhan...Jangan kuat ibadah apa semua sebab niat nak score exam.. Nanti apa yang 

kita akan capai hanya keputusan yang baik je.. Akhirat tak ada..Tak naklah macam tukan... 

Saya pegang kata-kata ni.. Kalau kita solat cukup.Jaga hubungan dengan Allah. Buat sesuatu untuk 

agama Allah.. Percayalah Allah akan tolong kita..

Dalam dewan nanti hanya Allah yang boleh tolong kita...

  • Jangan meniru !!!
" Tak pandai macam mana kita pon tapi jangan meniru.. Kalau kau meniru kau bodoh ", saya 

kongsikan kata-kata bekas rakan sekelas saya..Walaupun orangnya agak nakal tapi siapa sangka dia 

boleh ungkapkan kata-kata yang begitu bermakna dan berbekas dihati saya.. Ingat tau!! Ha lagi satu..

Saya ada terbaca ayat ni dan saya sematkan dalam hati saya.. " Kalau kau meniru dalam peperiksaan, 

ujian atau Quiz masa SPM, Diploma, Degree semua...Kau ingat duit gaji daripada keputusan kau 

meniru masa SPM,Diploma,Degree dulu tu halal ke??" Ha~ Fikir baik-baik.. 

  • Baca yang penting sahaja
Ha~ masa ni kita dah tak ada masa nak baca satu buku.. Jadi kita baca nota slide, peta minda, nota-

nota ringkas yang sedia ada.. Kemudian, buat latihan serta soalan-soalan tahun lalu.. Kebiasaanya 

soalan-soalan past year sangat membantu untuk menjawab semasa peperiksaan berlangsung..

  • Berehat dan tarik nafas panjang setiap 15 minit
Jangan terlalu memaksa mengulangkaji pelajaran...Otak kita pon kena rehat juga tau

  • Jaga hubungan dengan Ibu bapa, guru serta rakan-rakan
Kalau ada buat salah silap ke minta maaf..Bukan apa takut dengan salah silap tu jadi hijab atau

penghalang masa kita menjawab peperiksaan nanti..Doa ibu bapa senjata utama bagi anak-anak..

Jaga hati ibu bapa..Jangan goreskan hati mereka kalau taknak hilang keberkatan.. Guru pon sama..

Lau ada buat salah atau goreskan hatinya cepat-cepat minta maaf.. kalau dia tak halalkan ilmu

tu..Kita belaja sekuat mana pun tetap tak masuk tak pun tiba-tiba tak boleh jawab masa peperiksaan

sedang berlangsung..



* Ingat seronok taip panjang-panjang pening kepala den duduk depan skrin lama-lama 

Jumaat, 15 Januari 2016

Mid Sem Break is over ~ Mid term is coming

Assalammualaikum ~

Huargh!!! Belum apa-apa dah menjeritkan.. Huhu

Cuti dah nak habis.. Balik cuti bina lemak badan sahaja.. Belajar ??? Hurmmm.. Macam mana ye??? Baiklah, tak mula lagi. Masih main, menonton televisyen dan aktiviti yang membuang masa sahaja.. Kahkah.. Rasanya lepas ini masa cuti tak perlu balik dah. Balik rumah bukan belajar.. Ish ish ish.. Bilalah nak insaf .. 

     Dan masa ini la kebanyakan pelajar baru nak mula belajar semula.. Tak tidur malam untuk ulangkaji pelajaran..Kemudian... Tet tenet... Tertekan.. Selalu jadi kepada diri saya sendiri.. Tapi pengajaran yang saya dapat, kadang-kadang kita belajar saat terakhir ini dapat tangkapkan ?? Haa... Itu semua sebab Allah Swt  tolong kita.. Haa.. Tapi janganlah masa nak ambil peperiksaan atau susah sahaja kita ingat Allah.. Tapi selalu saya sendiri macam tu.. In Sha Allah sama-sama kita berubah.. Sebab Allah rindukan semua ummatNya.. Macam mana pula dengan kita ?? 

Khamis, 31 Disember 2015

Persahabatan Juga Ada Pasang Surut


Hurmmm.. Tahu tak baik mengeluh,tapi nak buat macam mana..Beberapa hari ni tak ada mood sangat..

Apa nak buat lau kawan kita sendiri merajuk.. Kita dah minta maaf.. Dah terangkan semuanya.. Tapi susah sangat dia nak maafkan kita.. Hati

kita tak cukup keras nak buat tak tahu dengan semua yang dah berlaku.. Lagi-lagi kawan tu kita sayang dia dengan ikhlas...

Tapi dengan hal kecil di besarkan.. Sampai buat haluan masing - masing.. Tak bernilaikah persahabatan kami di mata dia?? Dia tak rasa ke

yang selama ini kita sayangkan dia.. Kenapa dia fikir sakit dia je.. Series jadi moody sangat.. Sukalah dia dapat huru-harakan hidup kita.. Hadiah

daripada seorang kawan yang kita sayang seikhlas hati...

Buatlah apa yang dia rasa gembira.. Tapi kita akan tetap sayang kawan-kawan kita.. In Shaa Allah korang akan sentiasa ada dalam doa-

doaku... Berbahagialah dengan keputusan yang dia sendiri buat..

Bukan tak nak pertahankan ukhwah persahabatan kami... Tapi rasa kasih sayang ini bernilai di mata sahabatku.. Mungkin aku bukan sahabat

yang kau banggakan.. Tapi hati ini ikhlas...

Bergembiralah sahabatku kerana berjaya menjatuhkan air mataku sekali lagi.. Air mata ini membuat aku tegar dengan keputusanmu sahabat..

Persahabatan kita tidak bernilai bagimu sahabat yang kusayangi,membuat aku berfikir adakah aku telah menghambakan diri untuk persahabatan ini??


Semoga kalian semua dalam lindunganNya...Permintaan sahabatku akan kuturuti.. Kalau diberi kesempatan kita pasti bertemu lagi..

Jumaat, 20 November 2015

Newbie Here !!


Assalammualaikumussalam whbt.


Hehe..Memandangkan orang yg bru dlm dunia blog nie..Kena la ada pengatahuan sikit psal blog un?? Huhu ketinggalan keretapi un.. 

                                                        Okay jom kita mula...tada ~


    Hurmmm nak mula drpd mana ye?? Okay la.. simple je.. Apa itu blog ?? Rata-rata sekarang ada blog.. Ha ~ skarang ni zman dah moden bkn setakat remaja je tau ada blog tp suri rumah, wanita brkerjaya dan jgn terkejut pulak klau nenek2 dikampung pun ada blog sendiri.

    Okay2~ kita boleh fhm blog spt laman Web yg mmpunyai posting atau kandungan yg dihantar secara kronologi di mna yg terkini ditempatkan di bhgian atas dan yg terdahulu dibhgian bwh.

    Kita bebas buat apa je di blog..Boleh letak gmbar, audio, video dan mcm2 lagi la ikut kreativiti pengguna blog. Ha blogger2 kita nie kreatif tau.. cantik2 and comey2 je blog mereka tu.. Huhu jelez den.. Nak buat lawa2 xreti..Buat yg trmampu la..


                                           Okay sekarang kena nak tahu istilah2 Dunia Blog plak ye~

                  ANOBLOG

  •    Blog yg kita xtahu pemilinya dan slalunya guna nama pena


                  AUDIBLOG

  •      Blog yg berasaskan audio


                  BIZ BLOG

  •      Blog bisnes


                  BLAWG

  •      Blog yg ditulis oleh peguam atau yg terlibat dgn perundangan 


                  BLARGON

  •     Slanga Blogging


                  BLOGGIES

  •   Anugerah Blogging tahunan menampilkan undian talian dan sambutan dlm beberapa kategori


                  BLOG MUTE

  •     Individu yg Blog skali-skala


                  BLOGROACH

  •    Pembaca yg terus-menerus meninggalkan komen dgn cara yg x menyenangkan di weblog      krna x bersetuju dgn kandungan pos 


                  BLOGATHY

  •      Xkisah dgn kandungan pos kandungan pd hari trsebut


                  BLOGSNOB 

  •      Blogger yg  xmnerima komen org lain selain rkn2nya


                  BLOGOHOLIC

  •      Blogger yg terlalu gemar Blogging


                  FLOG

  •     Blog yg ditulis oleh indivdu selain drpd pemelik sbenar. Selalunya digunakan utk Blog Korporat


*  Sedeikit info yg saya thu dan dpt kat Majalah..