Khamis, 31 Disember 2015

Persahabatan Juga Ada Pasang Surut


Hurmmm.. Tahu tak baik mengeluh,tapi nak buat macam mana..Beberapa hari ni tak ada mood sangat..

Apa nak buat lau kawan kita sendiri merajuk.. Kita dah minta maaf.. Dah terangkan semuanya.. Tapi susah sangat dia nak maafkan kita.. Hati

kita tak cukup keras nak buat tak tahu dengan semua yang dah berlaku.. Lagi-lagi kawan tu kita sayang dia dengan ikhlas...

Tapi dengan hal kecil di besarkan.. Sampai buat haluan masing - masing.. Tak bernilaikah persahabatan kami di mata dia?? Dia tak rasa ke

yang selama ini kita sayangkan dia.. Kenapa dia fikir sakit dia je.. Series jadi moody sangat.. Sukalah dia dapat huru-harakan hidup kita.. Hadiah

daripada seorang kawan yang kita sayang seikhlas hati...

Buatlah apa yang dia rasa gembira.. Tapi kita akan tetap sayang kawan-kawan kita.. In Shaa Allah korang akan sentiasa ada dalam doa-

doaku... Berbahagialah dengan keputusan yang dia sendiri buat..

Bukan tak nak pertahankan ukhwah persahabatan kami... Tapi rasa kasih sayang ini bernilai di mata sahabatku.. Mungkin aku bukan sahabat

yang kau banggakan.. Tapi hati ini ikhlas...

Bergembiralah sahabatku kerana berjaya menjatuhkan air mataku sekali lagi.. Air mata ini membuat aku tegar dengan keputusanmu sahabat..

Persahabatan kita tidak bernilai bagimu sahabat yang kusayangi,membuat aku berfikir adakah aku telah menghambakan diri untuk persahabatan ini??


Semoga kalian semua dalam lindunganNya...Permintaan sahabatku akan kuturuti.. Kalau diberi kesempatan kita pasti bertemu lagi..