Selasa, 17 Mei 2016

Usrah Pelajar KUIS

Assalammualaikum~

Hari ni nak cerita sikit masa sem 1..  Masa tu, saya tahu kena ambil usrah.. Tapi saya tak tahu usrah

tu apa?? Kenapa ada usrah?? Untuk apa usrah tu??


Ha.. Memandangkan saya dah tau.. Nak kongsi sikit


Usrah Pelajar KUIS


  • Liqa` usrah pada setiap hari Jumaat.. Pukul 11 pagi sampai 12.30 tengah hari

  • Usrah ni syarat untuk bergraduasi dan syarat untuk Anugerah Dekan.. Kalau gagal usrah kena daftar semula selepas sem 5 sebagai ulangan ( Jangan main-main tau )

Ha~ Sekarang kita berkenalan dulu dengan Usrah

Usrah ni sekempulan individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha 

dan tolong - menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam.

Biasanya  membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk 

membentuk peribadi dan sahsiah ahli kumpulan. Yang penting, meningkatkan lagi mutu 

ukhwah atau persaudaraan sesama ahli kumpulan.


Sekarang kita nak tau apa pula Matlamat Usrah

  • Melaksanakan kehidupan seharian berlandaskan syariat Islamiyah melalui al-Quran dan as-Sunnah

  • Membina generasi masyarakat yang menegakkan akhlak Islamiyah dan peka segala perkara yang berkaitan dengan Islam

  • Membina generasi yang sedar akan cabaran dan godaan dalam pelbagai bentuk  yang mengancam kehidupan seharian

  • Berusaha menghidupkan tradisi ilmu di dalam diri

  • Mencari keredhaan Allah SWT

  • Memperkukuhkan ukhwah 

Pengalaman Usrah saya


  • Mengeratkan ukhwah.. Dalam usrah ni saya kenal kawan-kawan daripada pelbagai course.. Walaupon berbeza course tapi kami boleh akrab.. Naqibah banyak memainkan peranan dalam ukhwah kami

  • Mendapatkan Input bermanfaat.. Usrah kumpulan saya tak bergantung dengan buku usrah 100%.. Kami berkongsi pengalaman dan pengetahuan antara ahli usrah..

  • Berdasarkan input yang diperolehi, saya cuba mengamalkan dan mempraktikkan dalam harian

  • Fikiran lebih terbuka... Bila kita duduk bersama orang yang berilmu dan beramal soleh ni.. fikiran kita lebih terbuka.. Selain itu, saya rasa seronok untuk memperoleh input baru



    Nota kaki : Usrah salah satu cara kita mencari keredhaan Allah.. Kerana kita bertemu dan berpisah 

                kerana Allah.. Senangkan nak dapat pahala???  ha... Tapi kena ikhlas la pergi usrah.

    Motivasi Belajar 1

    Kecemerlangan akan tercipta apabila pelajar biasa

    daripada keluarga biasa,

    dengan kecerdasan biasa,

    yang belajar di sekolah biasa...

    BERUSAHA SECARA LUAR BIASA !


    Setiap orang ada jatuh bangun dia... 

    Saya sendiri pernah jatuh tersungkur dalam pelajaran..

    Saya terlalu sedih sampai malu nak menghadap kawan -kawan lain.. 

    Saya cuma pelajar biasa.. Kecerdasan biasa.. Semua biasa.. Saya tak ada apa-apa 

    yang luar biasa..

    Tapi saya berfikir sejenak...

    Kalau saya nak berjaya saya kena berusaha secara luar biasa..

    • Jika sebelum ini saya kurang belajar, mulai sekarang saya mesti belajar lebih tekun

    • Jika sebelum ini saya mudah berputus asa, mulai sekarang saya akan berusaha dengan lebih gigih

    • Mulai sekarang saya mesti mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri

    • Mulai sekarang saya mesti menggunakan peluang yang  ada untuk menguasai semua mata pelejaran



    Nota kaki : Saat kita jatuh tersungkur, kita kena cari jalan untuk bangkit..Bukan terus hanyut.

    Keputusan Peperiksaan Sem 2

    Assalammualaikum ~

    Sebenarnya keputusan dah lama keluar.. Tapi baru rajin nak bercerita

    Cerita dia bermula dikala ( ayat poyo je ) ~ 

    Baiklah..Macam ni.. Disebabkan saya tak tahu bila keputusan peperiksaan keluar.. Setiap hari buka

    LMS untuk semak.. Tapi tak ada~

    Pada Suatu Petang... Pada Hari Jumaat yang Indah

    Tiba-tiba Intan ws..Terima kasih untuk segalanya dan sebagainya... Saya yang baca ws tu jadi pelik..

    Dalam hati, " Aku buat apa sampai Intan ucap terima kasih bagai ?".. Tanpa buang masa, saya  

    tanyalah Intan..

    " Intan okay tak?? Terima kasih untuk apa ni??"

    " Mimie tak tahu lagi ke??" balas Intan

    " Tahu apa pula ni Intan ??" dengan hati yang berdebar-debar (dupdapdupdap)

    " Result dah keluar..Baru je tadi" balas Intan lagi

    " Series ke??? Baru tahu.." jawab aku

    " Nasib baik Intan bagi tahu Mimie" balas Intan

    dan selepas bersembang dengan Intan, saya pergi buka LMS untuk melihat keputusan saya..

    Tapi....

    Tak boleh buka pula.. ( masa aku nak buka LMS memang line busy memanjang )..Lepas tu,

    saya saya cuba buka lepas maghrib.. Alhamdulilah boleh buka ( sambil tersenyum )

    Terkejut tengok result sendiri.. Alhamdulilah ada peningkatan  sedikit..


    Sem 2 memang saya kerja keras untuk betulkan pointer..Memandangkan pointer sem 1 tak berapa 

    nak memberangsangkan.. 

    Selalunya, orang skor pointer tinggi untuk sem 1.. Tapi sem 1 dok main-main lagi.. Merasa diri tu 

    ada kat zaman sekolah lagi.. Tapi tak apa.. Belajar daripada kesilapan untuk perbetulkan hari-hari 

    yang akan mendatang.





    Nota kaki : Tiap hari buka LMS tak ada apa jadi..Tapi masa  tak buka LMS macam-macam jadi