Jumaat, 8 April 2016

Bemulanya cuti semester 2

Assalammualaikum ~

Wah..Dah mula cuti...Akhirnya detik yang dinantikan tiba juga...Huhu

TAPI!!!

Nak buat apa ye??? Ha..Nak sangat cuti..Cuti pula masa adik-adik tengah sekolah..Memang sunyi je

la...Krik krik memanjang..

Hurmm ~ Cuti sem ni sahaja masa yang ada untuk luangkan masa untuk blog ye..Alang-alang tu kita

godek-godek dan berkongsi sedikit perkongsian ye..Hehe..

Masa itu emas.. Masa lalu tidak boleh dibeli dengan masa sekarang jadi hargailah..

Eh..Macam mana Peperiksaan hari tu??? Boleh buat tak???

Ermm...Nak tahu macam mana kita tunggu dan lihat dan keputusannya nanti..

Cabarannya tentulah rasa susah je nak ingat semua..Rasa rasa nak muntah belajar banyak benda 

dalam masa sehari,lagi-lagi kalau satu hari tu ada dua atau tiga kertas nak kena jawab..Ha~ Masa ni 

lah nak tengok muka-muka pelajar berkerut-kerut dan tak senyum pun ( Padahal dalam kelas punya 

manis senyumannya ) ... Risau cukup masa ke nak ulangkaji semua topik nie ...


Ha...Meh sini..Kita kongsikan sikit tips peperiksaan ye. 


  • Kita belajar niat kerana Allah SWT..
Apa-apa mula dengan niat..Niat tu penting dan niat kena betul ye..Pernah tak kita belajar tak masuk 

apa-apa pun? Otak tak boleh nak hadam..Tak boleh nak terima??

Itu sebab kita belajar untuk peperiksaan atau ujian.. Cuba kalau kita Niat kerana Allah In Shaa Allah 

dipermudahkan olehNya.

  • Bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT
Lepas kita berusaha bersungguh-sungguh..Ulangkaji dah...Buat latihan dah..Kira semua persediaan 

nak berperang dengan peperiksaan dah lengkaplah! Kita tawakkal kepadaNya.. TAPI jangan jadikan 

peperiksaan tu Tuhan...Jangan kuat ibadah apa semua sebab niat nak score exam.. Nanti apa yang 

kita akan capai hanya keputusan yang baik je.. Akhirat tak ada..Tak naklah macam tukan... 

Saya pegang kata-kata ni.. Kalau kita solat cukup.Jaga hubungan dengan Allah. Buat sesuatu untuk 

agama Allah.. Percayalah Allah akan tolong kita..

Dalam dewan nanti hanya Allah yang boleh tolong kita...

  • Jangan meniru !!!
" Tak pandai macam mana kita pon tapi jangan meniru.. Kalau kau meniru kau bodoh ", saya 

kongsikan kata-kata bekas rakan sekelas saya..Walaupun orangnya agak nakal tapi siapa sangka dia 

boleh ungkapkan kata-kata yang begitu bermakna dan berbekas dihati saya.. Ingat tau!! Ha lagi satu..

Saya ada terbaca ayat ni dan saya sematkan dalam hati saya.. " Kalau kau meniru dalam peperiksaan, 

ujian atau Quiz masa SPM, Diploma, Degree semua...Kau ingat duit gaji daripada keputusan kau 

meniru masa SPM,Diploma,Degree dulu tu halal ke??" Ha~ Fikir baik-baik.. 

  • Baca yang penting sahaja
Ha~ masa ni kita dah tak ada masa nak baca satu buku.. Jadi kita baca nota slide, peta minda, nota-

nota ringkas yang sedia ada.. Kemudian, buat latihan serta soalan-soalan tahun lalu.. Kebiasaanya 

soalan-soalan past year sangat membantu untuk menjawab semasa peperiksaan berlangsung..

  • Berehat dan tarik nafas panjang setiap 15 minit
Jangan terlalu memaksa mengulangkaji pelajaran...Otak kita pon kena rehat juga tau

  • Jaga hubungan dengan Ibu bapa, guru serta rakan-rakan
Kalau ada buat salah silap ke minta maaf..Bukan apa takut dengan salah silap tu jadi hijab atau

penghalang masa kita menjawab peperiksaan nanti..Doa ibu bapa senjata utama bagi anak-anak..

Jaga hati ibu bapa..Jangan goreskan hati mereka kalau taknak hilang keberkatan.. Guru pon sama..

Lau ada buat salah atau goreskan hatinya cepat-cepat minta maaf.. kalau dia tak halalkan ilmu

tu..Kita belaja sekuat mana pun tetap tak masuk tak pun tiba-tiba tak boleh jawab masa peperiksaan

sedang berlangsung..



* Ingat seronok taip panjang-panjang pening kepala den duduk depan skrin lama-lama