Jumaat, 15 Januari 2016

Mid Sem Break is over ~ Mid term is coming

Assalammualaikum ~

Huargh!!! Belum apa-apa dah menjeritkan.. Huhu

Cuti dah nak habis.. Balik cuti bina lemak badan sahaja.. Belajar ??? Hurmmm.. Macam mana ye??? Baiklah, tak mula lagi. Masih main, menonton televisyen dan aktiviti yang membuang masa sahaja.. Kahkah.. Rasanya lepas ini masa cuti tak perlu balik dah. Balik rumah bukan belajar.. Ish ish ish.. Bilalah nak insaf .. 

     Dan masa ini la kebanyakan pelajar baru nak mula belajar semula.. Tak tidur malam untuk ulangkaji pelajaran..Kemudian... Tet tenet... Tertekan.. Selalu jadi kepada diri saya sendiri.. Tapi pengajaran yang saya dapat, kadang-kadang kita belajar saat terakhir ini dapat tangkapkan ?? Haa... Itu semua sebab Allah Swt  tolong kita.. Haa.. Tapi janganlah masa nak ambil peperiksaan atau susah sahaja kita ingat Allah.. Tapi selalu saya sendiri macam tu.. In Sha Allah sama-sama kita berubah.. Sebab Allah rindukan semua ummatNya.. Macam mana pula dengan kita ?? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan