Selasa, 17 Mei 2016

Usrah Pelajar KUIS

Assalammualaikum~

Hari ni nak cerita sikit masa sem 1..  Masa tu, saya tahu kena ambil usrah.. Tapi saya tak tahu usrah

tu apa?? Kenapa ada usrah?? Untuk apa usrah tu??


Ha.. Memandangkan saya dah tau.. Nak kongsi sikit


Usrah Pelajar KUIS


  • Liqa` usrah pada setiap hari Jumaat.. Pukul 11 pagi sampai 12.30 tengah hari

  • Usrah ni syarat untuk bergraduasi dan syarat untuk Anugerah Dekan.. Kalau gagal usrah kena daftar semula selepas sem 5 sebagai ulangan ( Jangan main-main tau )

Ha~ Sekarang kita berkenalan dulu dengan Usrah

Usrah ni sekempulan individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha 

dan tolong - menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam.

Biasanya  membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk 

membentuk peribadi dan sahsiah ahli kumpulan. Yang penting, meningkatkan lagi mutu 

ukhwah atau persaudaraan sesama ahli kumpulan.


Sekarang kita nak tau apa pula Matlamat Usrah

  • Melaksanakan kehidupan seharian berlandaskan syariat Islamiyah melalui al-Quran dan as-Sunnah

  • Membina generasi masyarakat yang menegakkan akhlak Islamiyah dan peka segala perkara yang berkaitan dengan Islam

  • Membina generasi yang sedar akan cabaran dan godaan dalam pelbagai bentuk  yang mengancam kehidupan seharian

  • Berusaha menghidupkan tradisi ilmu di dalam diri

  • Mencari keredhaan Allah SWT

  • Memperkukuhkan ukhwah 

Pengalaman Usrah saya


  • Mengeratkan ukhwah.. Dalam usrah ni saya kenal kawan-kawan daripada pelbagai course.. Walaupon berbeza course tapi kami boleh akrab.. Naqibah banyak memainkan peranan dalam ukhwah kami

  • Mendapatkan Input bermanfaat.. Usrah kumpulan saya tak bergantung dengan buku usrah 100%.. Kami berkongsi pengalaman dan pengetahuan antara ahli usrah..

  • Berdasarkan input yang diperolehi, saya cuba mengamalkan dan mempraktikkan dalam harian

  • Fikiran lebih terbuka... Bila kita duduk bersama orang yang berilmu dan beramal soleh ni.. fikiran kita lebih terbuka.. Selain itu, saya rasa seronok untuk memperoleh input baru



    Nota kaki : Usrah salah satu cara kita mencari keredhaan Allah.. Kerana kita bertemu dan berpisah 

                kerana Allah.. Senangkan nak dapat pahala???  ha... Tapi kena ikhlas la pergi usrah.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan